# Simple CD menggunakan Github Action

## Belajar DevOps: Simple CD menggunakan Github Action

Tutorial dibawah ini adalah cara saya mengemaskini halaman landing page farizizwan.com dengan mengautomasikan deployment source code terbaru menggunakan Github Action.

Ia adalah simple CD pipeline dimana ia cuma akan melakukan action berikut:

* Akses ke server farizizwan.com yang di host di AWS Lightsail menggunakan SSH protocol.
* Melakukan `git pull` untuk mengemaskini source code.

Script ditulis didalam YML format seperti dibawah

```
name: CICD

on: [push,pull_request]
jobs:
  push:
    runs-on: ubuntu-latest
    steps:
      ##########################################
      #
      #  Update source code on farizizwan.com server
      #
      ##########################################
      - name: Git pull
        uses: fifsky/ssh-action@master
        with:
          command: |
            cd /home/public_html/farizizwan.com/ && git pull origin master
          host: ${{ secrets.HOST }}
          user: ${{ secrets.USER }}
          key: ${{ secrets.PRIVATE_KEY }}
```

Gist: <https://gist.github.com/malikperang/cf3b7481cd512e4f73ea02e70fee3db4>

**Contoh Deployment Script 1**<br>

Untuk menetapkan / menambah **Action Secret** pergi ke `https://github.com/<nama_repo_anda>/settings/secrets/actions`

![secret](https://blog.farizizwan.com/bl-content/uploads/pages/b4838d184a3097d8bdf39f5ddeef183c/Screenshot2021-03-03at1.38.35PM.png)

#### Memahami Github Action Syntax pada YML script

`on` = script secara automatik akan running apabila ia mengesan action `push` atau `pull request` seperti yang dinyatakan.\
`jobs` = ini adalah pipeline yang akan menjalankan kerja-kerja yang kita nyatakan.Ia akan running secara parallel atau sequential.

contoh anda akan mempunyai kerja-kerja Unit Test didalam CI pipeline, anda boleh buat begini

```
Sequential
jobs:
			unit_test:
				- name: Checkout Source Code
				- name: Running Unit Test Integration
			deploy_to_staging:
				- name: Checkout Source Code
				- name: Deploy to Staging Server
		  deploy_to_production:
				- name: Checkout Source Code
				- name: Deploy to Production Server
```

```
Parallel
jobs:
			main_step:
				- name: Checkout Source Code
			  - name: Running Unit Test Integration
				- name: Deploy to Staging
				- name: Deploy to Production
```

<br>

`jobs.runs-on`: Untuk menyatakan OS pilihan apa yang perlu menjalankan Github Action ini. Ia adalah seperti sebuah VM sementara atau runtime sementara yang akan menjalankan kesemua Jobs yang anda nyatakan dalam Github Action script. Jadual dibawah menunjukkan list OS dan mesin yang ditawarkan oleh Github. Anda juga boleh menggunakan server anda sendiri sebagai build runtime. Ia adalah seperti \[<https://docs.microsoft.com/en-us/azure/devops/pipelines/agents/agents?view=azure-devops\\&tabs=browser]\\(Azure> DevOps Pipeline Agents).\
![list\_agent](https://blog.farizizwan.com/bl-content/uploads/pages/b4838d184a3097d8bdf39f5ddeef183c/Screenshot2021-03-03at2.02.14PM.png)\
`steps`: Untuk menjalankan tugas-tugas dibawah setiap Jobs yang dicipta. Ia akan berjalan secara sequential.\
`steps.name` : Nama Step.\
`steps.uses`: Anda juga boleh menggunakan semula script-script yang ada didalam [Github Marketplace](https://github.com/marketplace?type=actions). Seperti contoh diatas saya menggunakan semula script daripada [`fifsky/ssh-action`](https://github.com/fifsky/ssh-action).\
`steps.with`: Nyatakan parameter yang anda perlu pass pada Step yang dijalankan. Seperti Contoh Deployment Script 1 diatas, saya perlu pass tiga parameter untuk step Git pull yang menggunakan [`fifsky/ssh-action`](https://github.com/fifsky/ssh-action) script iaitu `host`,`user`,`key`. `Key` adalah Private Key untuk kegunaan akses melalui SSH. Rujuk nota diatas cara untuk menambah secret ini. Manakala `command` pula adalah command yang anda mahu jalankan setelah berjaya akses ke deployment server.

#### Ringkasan kelebihan menggunakan Github Action

Saya menggunakan Github Action ini kerana repositori farizizwan.com berada di Github. Memandangkan spesifikasi server adalah minimum jadi saya berkeputusan untuk tidak membuang masa menggunakan Jenkins kerana untuk farizizwan.com hanyalah static HTML landing page dan memerlukan kerja-kerja integrasi yang minimum,justeru saya dapat jimat lebih banyak masa disini.

Ini sahaja perkongsian kali ini, saya akan kongsikan bagaimana hendak menggunakan Azure DevOps Pipeline pula dimasa akan datang.

Sekian,\
Terima Kasih\
Fariz Izwan Kamaruzzaman\
3 March 2021

Rujukan:\
<https://docs.github.com/en/rest/reference/actions>
